Detik Itu

00:06

Sepanjang di Indera Kayangan mengikuti program ini pelbagai pembelajaran yang diperoleh.Bertemu rakan baru,bersama mereka membuatkan gembira itu bertahta dihati.Semoga sebulan disini bererti untuk diri ini dan untuk kalian untuk terus berjalan menyusuri likuLiku kehidupan dengan penuh tabah dan bersemangat.Permulaan pembelajaran untuk melewati alam pekerjaan.

Dan bila waktu itu tiba
Aku masih disini
Tak mahu pergi
Tak mahu kesana

Tapi bagaimana 
Dayaku tiada
Dengan semangat yang ada
Aku berjalan jua
Walau aku tak rela

Aku - kalian
Semoga nanti
Kau ketahui
Aku tetap aku
Walau masa mengubah waktu

Andai nanti kita berjumpa lagi,tolong ingatkan aku kenangan kita.Kenangan ketawa menangis bersama.Kerana pada masa itu mungkin aku sudah lupa.Lupa kenangan kita .Bukan kerana kenangan itu tidak membahagiakan, tapi kamu kena tahu yang mungkin separuh dari aku sudah hilang.Hilang ditelan zaman di mamah usia.Maafkan diriku pada kalian.Semoga pertemuan ini menjadikan kita lebih bersyukur kerana kita pernah diciptakan untuk mencipta kenangan bersama.












You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook