Wednesday, 22 April 2015

CORET 2 : ENGKAU



" Kenapa seakan ada mata memerhati ?" , omel hatiku. 


Perkuliahan seperti biasa . Bezanya semester ini , kami di kehendaki mencari ahli seramai 3 orang . Persediaan bagi projek akhir bermula . Aku , Miza , Ain , kami sepakat satu kumpulan.


" Aku tak kisah projek apa , asalkan memberi manfaat masa depan " , suaraku.
Pemilihan tajuk projek dipertimbangkan . Dan perbentangan perlu dilakukan pada setiap minggu.


" Cuba yakinkan mereka . Salah takpe yang penting "confident " , ulasku.
Sedikit sebanyak memang itu yang mendorong untuk aku lebih bersuara sewaktu perbentangan.


Miza -- Serupakan seorang rakan yang bijaksana, rajin dan penyabar . 
Segala ketidakfahaman diutarakan padanya.
Sifatnya yang gemar membaca menyebabkan kami gemar berkawan dengannya .


Ain -- Seorang rakan yang "spoting" . Kalau rasa nak bergelak , dialah orangnya.
Walaupun sering berselisih faham dengannya , dia merupakan rakan yang setia . 
Disebabkan wataknya yang " spoting " , tak hairanlah dia juga seorang yang mudah didekati.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih daun keladi , nanti jumpa lagi ;)