"Jum gi makan ", kataku pada Asimah .
" Saya dah siap ", balas Asimah .
" Alaa , tunggu la saya kejap " ,sambungku.
Kami serumah bersiap.
Makan di waktu malam selepas pukul 8 dah jadi rutin kami.
Sewaktu dalam perjalanan.
" kita nak gi kedai mana ni? " , soalku pada rakan yang lain.
" abang lambat servis , awan nano ke nak gi kdai sebelah shell ? ", sambungku lagi.
Dah jadi soalan wajib pun setiap kali nak makan.
Lagak pening nak memilih tempat makan .
Kami berjalan berpasangan .
Bila tiada kenderaan , kami jalan sahaja beramai-ramai serumah.
Pergi dan balik kami pun jarang senyap.
Gelak tawa menuruti kami sepanjang perjalanan.
Di kedai makan lain pula ceritanya.
Kami akan makan semeja bersama.
Selalunya , bila makanan kami sampai , air saya dah tinggal separuh pun.
Miza dan Syikin sering memesan air " fresh oren " .
Kerap jua dipintanya aku merasa.
Aku -- " saya tak suka masam la Miza "
Kadang tewas juga , air saya belum sampai-sampai, walhal saya sangat dahaga .
Syikin -- Pandai memasak . Tekun dan berpendirian .
Dia juga sering melayan kerenah saya.