5 Kebaikan Kek Yang Ramai Tidak Tahu

19:01


1. Kek membekalkan karbohidrat untuk tenaga
Salah satu bahan utama yang berfungsi untuk membekalkan karbohidrat yang terdapat didalam kek ialah tepung itu sendiri. Tahukah anda bahawa karbohidrat dapat memberikan tenaga yang berpanjangan untuk seseorang invidu? Ya benar! Bukan itu sahaja, malah karbohidrat juga bagus untuk otak. Menurut satu kajian, otak merupakan pekerja paling rajin dalam tubuh manusia. Tak salah bukan kalau kita bagi "reward" untuk perkerja paling rajin itu tersebut dengan sepotong kek?

2. Fiber dan serat yang bagus untuk sistem penghadaman
Seperti yang kita tahu sumber yang paling bagus dalam membekalkan fiber dan serat ini tentulah buah-buahan. Jadi buah-buahan untuk dijadikan hiasan dan bahan amatlah bagus sekali. Buah-buahan bukan sahaja dapat memberikan kemanisan semulajadi malah bagus juga untuk sistem penghadaman. Pisang misalnya dapat memerangi bakteria buruk dan memulihkan keseimbangan dalam sistem penghadaman. Itu baru pisang tau, macam mana pula dengan buah yang lain? macam macam lagilah khasiatnya.

3. Fats atau lemak yang bertindak sebagai pemanas dan pemberi tenaga
Bagi mereka yang terlalu kurus dan ingin menambahkan berat badan, memakan kek boleh menjadi satu medium bagi membantu golongan yang "terlalu kurus" ini untuk menaikkan berat badan dan sekaligus membekalkan tenaga. Bagi golongan yang lain itu, makan kek ini mampu "maintainkan" berat badannya jika dikonsum pada paras yang betul tetapi jangan sampai berlebihan pula ya. Bagi yang tidak tahu fakta menarik tentang kek, kek juga mampu bertindak menjadi pemanas ketika musim sejuk kerana mengandungi kandungan lemak di dalamnya. 

4. Protein yang berfungsi untuk menambah otot
Bahan utama di dalam kek yang digunakan sebagai pengikat semua bahan ialah telur. Telur amatlah kaya dengan sumber protein. Sumber protein inilah yang dapat membantu meningkatkan daya ketahanan dan juga membina otot otot dalam badan. Bukan itu sahaja, di dalam kek juga terdapat susu yang juga membekalkan protein dan dapat menyediakan kita dengan sumber nutrien yang diperlukan untuk otot dan juga tulang yang kuat. Bagi yang kurang tahu, susu juga membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam tumbesaran tulang dan gigi. Oleh itu, mereka yang memakan sepotong kek itu bukan sahaja dapat menikmati kelazatan kek yang jitu dan padu malah mereka juga dapat menambah baik tubuh badan .

5. Meningkatkan tahap serotonin dan endorphin
Tahukah anda yang seratonin dianggap sebagai penyumbang paling utama dalam tubuh badan untuk bertindak untuk memperlakukan perasaan bahagia. Menurut kajian, kira-kira 90% jumlah serotonin badan manusia terletak di sel-sel saluran pencernaan iaitu usus, di mana ia digunakan untuk mengawal pergerakan usus. Endorphin pula bertindak sebagai signal bagi seseorang apabila merasai sakit, mengeluarkan perasaan cinta dan merasai kepedasan makanan. Justeru itu, kek yang mempunyai coklat atau kekacang dapat meningkatkan tahap serotonin dan endorphin dalam badan.Ini membantu memperbaiki cara hidup yang lebih baik dan juga dapat menguruskan stress.

You Might Also Like

1 Comments

Terima Kasih atas kunjungan

Like us on Facebook