"Jum gi makan ", kataku pada Asimah .
" Saya dah siap ", balas Asimah .
" Alaa , tunggu la saya kejap " ,sambungku.
Kami serumah bersiap.
Makan di waktu malam selepas pukul 8 dah jadi rutin kami.
Sewaktu dalam perjalanan.
" kita nak gi kedai mana ni? " , soalku pada rakan yang lain.
" abang lambat servis , awan nano ke nak gi kdai sebelah shell ? ", sambungku lagi.
Dah jadi soalan wajib pun setiap kali nak makan.
Lagak pening nak memilih tempat makan .
Kami berjalan berpasangan .
Bila tiada kenderaan , kami jalan sahaja beramai-ramai serumah.
Pergi dan balik kami pun jarang senyap.
Gelak tawa menuruti kami sepanjang perjalanan.
Di kedai makan lain pula ceritanya.
Kami akan makan semeja bersama.
Selalunya , bila makanan kami sampai , air saya dah tinggal separuh pun.
Miza dan Syikin sering memesan air " fresh oren " .
Kerap jua dipintanya aku merasa.
Aku -- " saya tak suka masam la Miza "
Kadang tewas juga , air saya belum sampai-sampai, walhal saya sangat dahaga .
Syikin -- Pandai memasak . Tekun dan berpendirian .
Dia juga sering melayan kerenah saya.
" Beep " , " Beep " . " Siapa pulak la mesej ni ", omelku.
Handphone pemberian akak ku buka .
" Yeay ! kelas cancel ! " , jeritku.
Seperti sebuah kegembiraan pada kami .Tambahan pula kelas kami tengahari.
" Boleh sambung tidur la ", ulas rakanku.
Asimah terus mencapai komputer peribadinya .
" Hai Asimah , kata nak sambung tido?", kataku sambil ketawa.
" Baca cerpen sat ", omelnya .
Asimah -- merupakan seorang rakan yang "active" dalam segala hal.
Sebarang maklumat kami rujuk kepadanya .
Selama berkenalan , dia juga seorang yang kelakar dan " sweet " .
" Kenapa seakan ada mata memerhati ?" , omel hatiku.
Perkuliahan seperti biasa . Bezanya semester ini , kami di kehendaki mencari ahli seramai 3 orang . Persediaan bagi projek akhir bermula . Aku , Miza , Ain , kami sepakat satu kumpulan.
" Aku tak kisah projek apa , asalkan memberi manfaat masa depan " , suaraku.
Pemilihan tajuk projek dipertimbangkan . Dan perbentangan perlu dilakukan pada setiap minggu.
" Cuba yakinkan mereka . Salah takpe yang penting "confident " , ulasku.
Sedikit sebanyak memang itu yang mendorong untuk aku lebih bersuara sewaktu perbentangan.
Miza -- Serupakan seorang rakan yang bijaksana, rajin dan penyabar .
Segala ketidakfahaman diutarakan padanya.
Sifatnya yang gemar membaca menyebabkan kami gemar berkawan dengannya .
Ain -- Seorang rakan yang "spoting" . Kalau rasa nak bergelak , dialah orangnya.
Walaupun sering berselisih faham dengannya , dia merupakan rakan yang setia .
Disebabkan wataknya yang " spoting " , tak hairanlah dia juga seorang yang mudah didekati.
Ada mata yang memandang . "Ada yang tak kena ke dengan aku ?" omel hatiku .
Ku larikan diri biar terselindung dibalik keramaian agar tiada lagi yang memandang.
Namun , renungan itu tertangkap kembali .
" Ada yang tak kena ke dengan aku ," bisikku pada rakan disebelahku.
" kenapa kau tanya camtu?", balas rakanku.
Namun sehingga ke hari ini tiada siapa tahu kenapa dan mengapa.
Tidak pernah jua kau suarakan padaku.
Dan untuk kali ini ku hindari diriku dari kalian.
" Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi "
Bukan menghindar tapi mencari ruang
Kerana percayaku pada ketentuan Allah
Pernah ku terbaca:
Andai kita rindukan seseorang
tembak seseorang dengan Doa
kerana Doa itu senjata orang beriman
Andai nanti kita tak bersama orang yang selalu berada dalam doa kita
Moga nanti kita bersama dengan orang yang mendoakan kita dalam Doanya
Persahabatan itu sungguh berharga dari emas.
Persahabatan itu sungguh bernilai dari duit
Persahabatan itu sungguh bermakna dari percintaan
Teruk mana persahabatan mereka bergaduh, tetap takkan terpisah.
Kerana persahabatan itu penting dan bermakna sekali dimata manusia :)
Dear besfriend,
I want the old you back.The one who would text me first,hug me, and tell me how special I was to you.I miss us.
"Kehilangan kawan baik lebih perit daripada kehilangan kekasih"
Im waiting all of you on Graduation Day of Polytechnic Ungku Omar at 44 :)
Aku nak cakap sesuatu dekat kau ni wey
Ingat tau
" Kau Kawan Baik Aku selamanya "








